rusrie

29 November 2006

Happy Birthday Tina.......




Hari ni 29/11/2006, kol 4:43 ptg genap ler umur Tina 3 tahun...
teringat mama waktu waktu cemas menghadapi kelahiran
Tina...mama hampir hampir di vacuum kerana tak berdaya
lagi untuk meneran gara gara terlalu lama sakit. Syukur
Alhamdulillah, akhirnya mama berjaya melahirkan
Tina secara normal tanpa perlu divacuum. Berat Tina ketika
itu 3.24KG..

Birthday kali ni pun mama tak buat party untuk Tina. Cuma adalah
skit skit mama sediakan jajan ngan besday kek untuk
kwn kwn Tina kat nursery. Meriah skit kalu
celebrate kat nursery...

Mama cuma ambik gambar birthday cake jer...jajan tu mama
tak ambik pun gambarnyer sebab wrapping tak lawo..guna
plastik kecik biasa jer..ingatkan nak bungkus lawo lawo skit...
tapi tak sempat nak gD'manis dah tutup malam tadi...

Hadiah untuk Tina mama ngan abah tak beli lagi.
Hujung minggu ni baru nak g beli. Harap harap T
ina suka lar ngan hadiahnyer nanti..tungguuuuuuuuu..
posted by rusrie at 2:43 PM 2 comments

28 November 2006

Family Day di Wet World, Shah Alam


Ahad lepas, kilang tempat abah keje punyer family day. tahun ni agaknyer budget ciput so diaorg buat kat Wet World Shah Alam jer. tahun lepas kat Desa Water Park...Tapi tak kisah ler, mende free kat memana pun tak kisah...

bikini Tina tahun lps punyer dah tak muat. so mama ngan abah belikan yang baru...jenuh gak ler memilih cari yang sesuai. cap giant jer...murah skit...nasib baik jumpa gak yang berkenan di hati...sebenarnyer mama berkenan kaler biru tua, tapi saiz tina dah habis so mama ambik jer ler yang biru muda...tgh bulan 12 ni nak g bercuti ke cherating, so Tina buleh pakai lagi.....

Biasa lar budak kecik ni kalu dapat main air mmg tak ingat dunia..Tina pun macam tu jugak...sampai kecut kecut tangan berendam dalam air tapi still tak puas puas..mama takut Tina kena selsema balik kalu berendam lelama.

Mama rasa kelakar lak mengingatkan tina, walaupun
dia dok main dalam air tapi time nak kencing mesti dia
ajak ke toilet gak..tak der lak dia terlepas dalam tuu...
penat mama dok ulang alik ke toilet..

banyak gak aktiviti-aktiviti yang sediakan pada hari tu,
tapi abah tak ambik bahagian pun.Abah banyak spend
masa ngan kitaorg. Ada artis jemputan gak..kitaorg
cuma sempat tgk Bob Af1, Liz Af4, Siti sarah
buat persembahan. Siti sarah punyer performance best..
begitu jugak ngan Liz AF4...Bob nyanyi ada
tersumbang skit tang high note. Sian dia kena "BOooo"
ngan budak assb....abah kata ada Ella & Awie tapi
mungkin kitaorg dah termissed diaorg punyer show...

Kitaorg balik awal jugak..sbb tgk langit dah mendung
semacam... malam tu Tina kena selsema + batuk..
sian tina, tido tak lena semalaman gara gara batuk....
harap harap Tina cepat sembuh...
posted by rusrie at 2:50 PM 0 comments

24 November 2006

Uban???

sejak dua menjak ni kulit kepala aku ni teramat ler gatalnyer..
tak larat aku nak keruk dah..kalu pakai tudung lelama lagik terasa
akan kegatalannyer..
uban??kelumumur???tapi kalu ku tgk dicermin tak der
lak tanda tanda kelumumur tu ada..
nak kata aku tukar syampoo tak der lak...dari dulu sampai
sekarang dok pakai syampoo sunsilk kaler hijau utk rawatan
kulit kepala gak..
mungkin uban kot!!!adusss, umur tak cecah lagi 30thn
tapi rambut dah beruban...

sblm raya hari tu ada g inaikan rambut..konon kononnyer nak
tutup uban ler, tapi hampess...inai tu macam tak lekat pun kat
rambut yang beruban ....nasib baik ler harga promosi..
tapi lps inaikan rambut tu, kulit kepala rasa
lega betull...hilang gatal gatal...pastu rasa ringan jerrr...


*****petua org india untuk elakkan rambut beruban
adalah makan daun kari samaada buat ulam atau
letak dalam kari****
posted by rusrie at 5:40 PM 0 comments

Makan Preee...

Hari ni bos aku cakap kita reramai g makan KFC masa
lunch hour nanti. Sape yang tak suka makan pree yer tak?
Tapi yang tak mengsyiokkan aku, aku ler kena buat segala
galanyer...

Dari dulu lagi, kalu bab bab macam ni aku ler yang
menguruskannyer. Sblm ni order guna tipon, pastu
g ambik jer kat KFC makan kat kilang.
ni kira first time jugak ler g reramai kat sana, makan
kat KFC tu sendiri.. nasib baik warga kilang ni tak
ramai sgt..dalam 23 org jer..kalu idak
mau kelam kabut gak staff staff KFC tu...

duit yang kitaorg wat bayar tu adalah hasil dari jualan
scrap.. so bila dah kumpul banyak skit mmg kebiasann
ler kitaorg dapat makan free. biasanyer kita makan
KFC atau Mcdonald jer pun. ..almaklumlah
kilang ni mana ada annual dinner macam kilang lain....

bila semua dah order, dah dapat makan ada pulak
yang sok sek sok sek kat belakang tak puas hati.
sbbnyer ada yang order banyak..
ada yang order skit.....tamak punyer pasal..
naik tensen ler aku...dah kasik makan free lagi
mau bising. Last last sesapa yang tak puas hati
tu aku belikan dia satu set lagi. Biar semua puas
hati..lagipun bukan duit aku pun...
posted by rusrie at 4:50 PM 2 comments

21 November 2006

Penangan Power Rangers




Tina sekarang kemaruk dengan cerita power
rangers dan cerita-cerita
yang seangkatan dengannyer. Lps ambik dia dari nursery, samapi jer
kat rumah terus disuruhnyer pasang vcd power rangers.

Yang tak tahan tu, lps habis jer cerita tu disuruhnyer ulang balik.
macam tu ler tetiap hari. mama ngan abah nak tgk cerita lain pun
tak boleh.

kalu kitaorg nak tgk cite lain, terpaksa ler tgk tv satu lagik
dalam bilik tidur .tapi masalhnyer, tina tak nak tgk
sorang..dia nak sama ada abah atau mamanyer teman dia tgk cite tu...
yang selalu jadik mangsa tu abahnyer lar sbb biasanyer mama ada kerja
rumah yang nak dibuat.
posted by rusrie at 2:59 PM 2 comments

20 November 2006

Tanggal 18/11..........


| View Show | Create Your Own


tanggal 18/11 adalah merupakan satu detik yang
bersejarah dalam keluarga kami dimana rumah
ibu ayah mertua ku musnah sama sekali dalam satu
kebakaran yang tak disangka sangka.

petang hari tersebut, ketika dalam perjalanan
menghantar zarina pulang ke rumahnya, aku
menerima panggilan dari hubby yang ketika
itu sedang bekerja, dengan suara yang cemas
menyampaikan berita tersebut dan menyuruh
aku segera berkemas kerana kami perlu pulang
ke kampung pada ptg tu jugak.

setelah menghantar zarina, aku bergegas pulang
ke rumah , packing apa yang patut dan terus ambik
hubby ditempat kerja seteruanya balik ke pilah.
Sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdoa
agar semuanya selamat.

Setibanyer kami dikampung hari sudah pun gelap.
Dalam kesamaran malam, kami turun dari kereta
dan meninjau ninjau keadaan rumah.
aku nampak kelibat ayah mertua ku termenung
dalam gelap dihadapan rumahnyer yang musnah..
mmg apa yang kami nampak, rumah tersebut
musnah sama sekali. yang tinggal hanyalah dinding
batu di kawasan dapur sahaja serta tiang tiang
yang separa hangus..mujurlah tiada kemalangan
jiwa yang berlaku...

kesian mak ngan ayah mertua ku...pelbagai dugaan
yang menimpa diaorg. tahun lps pada bulan yang
sama tanggal 26hb, adik ipar ku pulang kerahmatullah
setelah setahun mengidap kanser payu dara. Tahun ni
pulak, rumah mereka hangus sama sekali dijilat api...
besar sungguh dugaan Illahi kepada mereka..

menurut cerita ayah mertua aku, kebakaran itu
berpunca dari tv meletop. tv tersebut dah rosak,
disimpan dalam bilik. salah sorang cucunyer
(anak aruah adik ipar) yang bongsu tu dikatakan
telah on kan sendiri dan bermain main ngan tv tu..
tetiba tv tu meletop, api merebak ngan cepat.
ketika kejadian ayah mertua ku tgh mnyediakan
makanan tghhari.. slps dgr letupan tersebut,
cepat cepat ayah mertua ku menyelamatkan
isterinya yang uzur itu keluar dari rumah yang
ketika itu api tgh marak dengan cepatnyer..

tiada apa yang dapat diselamatkan selepas itu.
ic, duit, kain baju dan etc hangus dalam kebakaran
itu..sekarang mereka menumpang dirumah
sedara..
posted by rusrie at 4:05 PM 3 comments

17 November 2006

kesian tinaa...


RockYou PhotoFX

Sejak selasa lepas sehingga smlm, Tina demam...
pada masa yang sama ayahnyer jugak demam.
kesian tina..
demam kali agak teruk jugak ler. Tina jadik tak lalu
makan, susu pun tak mau. Mama masak masakan
peberet dia pun tak mau gak. susu dalam sehari dia
minum 2 botol jer...banyak minum air ..
mama dah naik risau..badan tina nampak susut skit..
mukanyer kemerah merahan mungkin kerana suhu

badannyer yang agak panas...


ubat yang doktor kasik pun dah habih sebotol.
mana tak habih cepat, sekali makan 5ml..mungkin
kerana badan tina yang agak besar jadik dia
perlukan dos yang tinggi. oleh kerana mama tgk

suhu badan tina still on off so mama kasik ubat
antibiotik yang diberikan oleh doktor.
lps jer makan ubat tu, badan tina naik bintat bintat

macam kena gigit semut/nyamuk..habis seluruh
badan jadik macam tu.. mama tgk pun naik geli dan
ngeris sebenarnyer.


mama rasa tina elergi ngan ubat antibiotik tu...
terus kitaorg bawak tina g klinik lagi..masa dalam
kerete , mama tgk tina dok tergaru garu badannyer.
gatal kot...kesian tina...nasib baik bintat bintat tu tak

sempat naik ke muka.


Setelah diperiksa,doktor pun mngesahkan bahawa
mmg tina elergi ubat tu... so dia suruh stop ubat tu
lalu diberikan ubat alahan untuk minum dan ubat sapu.
dapat jer ubat tu terus mama sapu kat badan tina kat

klinik tu jugak. takut kang naik sampai ke muka lagik haru..


alhamdulillah.hari ni Tina dah dapat pegi nursery seperti biasa...
batuk dan selsema ada lar skit skit lagi..
posted by rusrie at 12:15 PM 0 comments

11 November 2006

Dou Shio!!!

Baru baru ni tanpa disangka sangka aku dapat tawaran kerja

ditempat baru. Actually aku tak der lar terpikir nak cari kerja sgt,

cuba nasib jer, tak sangka lak dapat.



Hati mmg gembira sbb company tu bukan calang calang company jugak...

kiranyer company glamer ler tak macam company sekarang yang baru

setahun jagung bertapak di Malaysia. kalu disebut nama company

sekarang mmg org tak kan tau punyer..



Pening kepala aku berpikir nak terima ker tak tawaran tu. kalu dilihat

dari segi benefit, jarak rumah ngan tempat ker ja baru mmg ler hati tu nak

terima jer offer tu. Tapi aku suka kerja kat sini. Kalu aku g sana

belum tentu aku suka ngan kerjanyer..masa dengar roughly explaination

masa g 2nd interbiu, keje aku mmg banyak buat translation ngan

interpretation.

terpikir sejenak. mampu ker aku nak buat kerja tu sedangkan kalu

office sekarang pun kalu diberi dokumen disuruh translation muncung aku

dah panjang sedepa...mmg sukar untuk aku buat keputusan!!!!


Setelah 4 5 hari berpikir, hari ni aku dah buat keputusan menolak tawaran

tersebut.

antara sbb-sbbnyer :

1) Bos dah confirm ada increament tahun depan...dan aku rasa

kenaikannyer boleh tahan gak ler. kalu aku g company xxx

gaji yang dioffer sama ngan sekarang. lps confirm pun aku rasa

naik dalam rm100~rm200 jer..almaklumlah kilang besar

gaji jarang naik banyak nie..(berdasarkan experience sblm nie)..

2) Aku dah boleh claim tol. kiranyer expenses tol dah tak

effect gaji aku..

3) aku rasa main reason, adalah aku nak kasi Tina 'adik' kot.

yer lar. umur aku pun dah 29 tahun nie, hubby lak 36..soro soro

kena tambah bilangan ahli keluarga..kalu aku g tempat baru aku kena

postpond lagik setahun untuk pregnant.

Company tu tak der ler letak syarat macam tu tapi ini adalah

pandangan aku sendiri...tak kan ler baru join tempat baru dah nak

mengandungkan..aku ni kalu mengandung alahan agak teruk gak ler

untuk 3 4 bulan yang pertama.


Org cakap duit boleh dicari tapi keluarga sapa yang nak kasi kan..aku berdoa agar

keputusan yang aku ambil ni adalah yang terbaik untuk aku..

walaupun berat hati melepaskan tawaran ini tapi demi keluarga terpaksa ler

berkorban..
posted by rusrie at 9:08 AM 5 comments

08 November 2006

kakak

malam tadi, lps tunaikan hajat Tina berlari lari keluar dari toilet....
Sekarang tgh dok membiasakan Tina tak pakai diapers kalu
ada kat rumah. almaklumlah dah nak masuk 3 tahun dah,
ditambah lagi badan Tina tu agak gempal so kalu pakai
diapers saiz paling besar pun kitsui jer tang peha....nasibbaik
dia dah pandai nak cakap kalu nak ke toilet..lega hati mama..
(smbung balik cite tadi)
mama : " Tina, meh mama pakaikan spender"
Tina : " Utan(bukan) Tina lar...kakak"
mama : " mana kakak"
Tina : " ni"..sambil menunjuk nunjuk kan tangannyer
ke arah dirinyer sendiri.
mama : " kalu macam tu boleh lar mama sayang baby "
Tina : "Ayeh (tak leh). mama sayang tina lar "..


posted by rusrie at 5:50 PM 1 comments

07 November 2006

Satu hari di Hari Raya






Tahun ni kitaorg beraya di pilah. Dan tahun ni jugak ler first time satu family

pakai baju sedondong. Tema untuk tahun ni kaler pink...

Tapi sayang, mama tak sempat nak ambik gambar kami sekeluarga.



posted by rusrie at 3:35 PM 0 comments

Heppy Besday to Abah



Sebenarnyer birthday abah 20/10 hari tu lagi.
Tapi disebabkan masa tak der nak update blog ni,
maka hari ni baru nak upload gambar dalam blog.
Kitaorg tak der ler sambut pun birthdaynyer kali ni.
birthdaynyer kali ni jatuh dibln puasa.
so hari tu mama belanja berbuka kat kedai
nasi bryani yang famous kat tesco shah alam tu.
pastu mama belikan kek tiramisu,
untuk celebrate kat rumah.
hadiah?memula ingatkan nak beli sun glases, tapi
abah tak nak, so sampai sekarang mama
tak beli beli hadiah pada abah.
lps raya ni, budget pun dah lari,
so mama cadang nak beli akhir bulan ni jer..
posted by rusrie at 3:06 PM 0 comments