rusrie

20 November 2006

Tanggal 18/11..........


| View Show | Create Your Own


tanggal 18/11 adalah merupakan satu detik yang
bersejarah dalam keluarga kami dimana rumah
ibu ayah mertua ku musnah sama sekali dalam satu
kebakaran yang tak disangka sangka.

petang hari tersebut, ketika dalam perjalanan
menghantar zarina pulang ke rumahnya, aku
menerima panggilan dari hubby yang ketika
itu sedang bekerja, dengan suara yang cemas
menyampaikan berita tersebut dan menyuruh
aku segera berkemas kerana kami perlu pulang
ke kampung pada ptg tu jugak.

setelah menghantar zarina, aku bergegas pulang
ke rumah , packing apa yang patut dan terus ambik
hubby ditempat kerja seteruanya balik ke pilah.
Sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdoa
agar semuanya selamat.

Setibanyer kami dikampung hari sudah pun gelap.
Dalam kesamaran malam, kami turun dari kereta
dan meninjau ninjau keadaan rumah.
aku nampak kelibat ayah mertua ku termenung
dalam gelap dihadapan rumahnyer yang musnah..
mmg apa yang kami nampak, rumah tersebut
musnah sama sekali. yang tinggal hanyalah dinding
batu di kawasan dapur sahaja serta tiang tiang
yang separa hangus..mujurlah tiada kemalangan
jiwa yang berlaku...

kesian mak ngan ayah mertua ku...pelbagai dugaan
yang menimpa diaorg. tahun lps pada bulan yang
sama tanggal 26hb, adik ipar ku pulang kerahmatullah
setelah setahun mengidap kanser payu dara. Tahun ni
pulak, rumah mereka hangus sama sekali dijilat api...
besar sungguh dugaan Illahi kepada mereka..

menurut cerita ayah mertua aku, kebakaran itu
berpunca dari tv meletop. tv tersebut dah rosak,
disimpan dalam bilik. salah sorang cucunyer
(anak aruah adik ipar) yang bongsu tu dikatakan
telah on kan sendiri dan bermain main ngan tv tu..
tetiba tv tu meletop, api merebak ngan cepat.
ketika kejadian ayah mertua ku tgh mnyediakan
makanan tghhari.. slps dgr letupan tersebut,
cepat cepat ayah mertua ku menyelamatkan
isterinya yang uzur itu keluar dari rumah yang
ketika itu api tgh marak dengan cepatnyer..

tiada apa yang dapat diselamatkan selepas itu.
ic, duit, kain baju dan etc hangus dalam kebakaran
itu..sekarang mereka menumpang dirumah
sedara..
posted by rusrie at 4:05 PM

3 Comments:

sedih la kan.. tapi, betapa berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul nye kan? moga rusma, dan keluarga mentua diberi kekuatan sentiasa. insya-ALLAH. >>Cikpuan Ume

12:29 PM  

Takziah untuk cikrus...

3:16 PM  

Subhanallah..semoga family tabah.

8:46 PM  

Post a Comment

<< Home