rusrie

25 May 2006

Karam Sigh Walia

Semalam seperti biasa kami sekeluarga makan malam pada jam

8 malam. Ketika aku menyuapkan makanan pada Tina,

Tina memanggil ku "mama, mama

(sambil mengangkat ngangkat tangan nyer)".


Pada mulanya aku tidak paham apa yang dimaksudkan olehnye

tapi baru ku sedar ketika itu berita di TV3 sedang menyiarkan

berita mengenai sebuah premis haram yang memproses tin aluminium

di klang, wartawannya adalah Karam Sigh Walia.

Ku perhatikan setiap kali Karam Sigh Walia mengangkat tangannyer,

sambil tersengih sengih Tina pun angkat tangan gak.


Gelihati tgk gelagatnyer mengajuk ngajuk apa yang karam sigh buat.

Kalu nak tau, Tina punyer peberet wartawan tv3 Karam Sigh Walia ler.

Dengar suara pun dah tau Karam Sigh ker tak......Kalu dia dok kat

bilik air pun berlari lari keluar kalu terdengar suara

karam Sigh walia kat TV...
posted by rusrie at 12:29 PM 0 comments

17 May 2006

NAIL IN THE FENCE


There once was a little boy who had a bad temper. His Father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence. The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence.

Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all. He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.

The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone. The father took his son by the hand and led him to the fence. He said, "You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same.

When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say I'm sorry, the wound is still there. " A verbal wound is as bad as a physical one. Friends are very rare jewels, indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share words of praise and they always want to open their hearts to us."

*Topik era pagi ni pun pasal marah. Kebetulan ler pulak"

Sesampainya di office pagi ni, aku dikejutkan dengan satu cerita yang agak panas di QC department masa kini. Peristiwa ni berlaku sabtu lps, dikantin dimana si A dan si B ni tgh lunch. Selesai makan, si A ni nak basuh ler tupperware kat sinki.tanpa disengajakan tupperware tu terjatuh ke lantai. lebihan kuah kari dalam tupperware tu terpercik ler kat seluar si B..bukannyer banyak pun kotornyer, cinonet jerr...yang si B ni lak kebetulan hari tu pakai seluar putih...

Si B ni bengang betul seluarnya kotor. siap mintak ganti rugi tuuuu....RM 15 ....padahal perkara tu tak disengajakan langsung oleh si A..memula si A ni ingatkan si B main main jer..rerupanya mmg sungguh sungguh si B mintak ganti rugi....menangis gak ler si A gara gara tergujat ngan tindakan si B ni tadi . Jadi si A ni pun bayar jer ler RM 15 ...akibat dari peristiwa tu, hubungan ke dua-duanya tadi jadi renggang....

Bukan lah niat di sini nak mengumpat, cuma kita ambik ikhtibar jer lar dari story tadi.diSbbkan RM 15, hubungan jadi renggang, kengkawan yang lain pun pandang semacam kat kita..so tak syok ler kan...oleh itu, berhati-hati ler ketika berkata-kata..bak kata pepatah melayu "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnyer"...







posted by rusrie at 4:47 PM 2 comments

16 May 2006

Permata hati

Semalam, seharian dok menggodek blog sendiri untuk dikemas kini..almaklumlah tak pernah buat mende mende macam ni so makan masa skit ler nak siap. Allhamdullillah, akhirnya siap jua blog ku walaupun masih terdapat kekurangan sedikit....


Lupa ku nak perkenalkan permata hati ku the one n only buat masa ni ler..Diberi nama Nur Qistina Izzati, lahir pada 29/11/2003 setelah 10 hari lewat pada tarikh sepatutnyer..Pejam celik pejam celik dah besar rupanyer Tina..akhir tahun ni genap ler umurnye 3 tahun..


Tina semasa kecilnya selalu sakit...pernah admitted kat SMC sebanyak 3 kali kerana bronkitis, sekali masuk kena stay at least 2 minggu lamanyer. So, terpaksa ler bergilir-gilir ambik cuti ngan hubby. Sebagai seorang ibu, mmg terseksa tgk anak sakit. Tapi Alhamdullillah semenjak umurnye mencecah 2 tahun, kesihatannya bertambah baik dan penyakit bronkitis tersebut telah hilang dengan sendirinya..


Memang seronot melihat perkembangan anak sendiri, dari hanya boleh tido ke meniarap, pastu merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Dan sepanjang itu jugak ler macam macam kerenah ku lihat...
Tetapi semenjak dua menjak ni Tina jadi semakin manja "amaenbo"...Tak boleh silap skit, meraungnyer satu apartment boleh dengar. Mungkin dia tau, buah hati mama ngan abahnyer 100% kat dia sorang. Tak tau ler macammana dia nanti kalu dah dapat adik..risau gak..mau dibulinyerrr...
posted by rusrie at 12:45 PM 1 comments

15 May 2006



Blog???memula dengar perkataan tu aku tak tau pun ape ke bendenyer...tapi bila dah tau apa fungsinyer dan ramai member member yang dah create blog sendiri, so teringin lar pulak nak join...nampak macam seronot jer kan..kan..kan..
masalahnyer aku ni bukannyer spesis kreatif nak mengarang ayat power power...tapi tak kisah ler labu, asalkan kita enjoyyy... hehehehe..
posted by rusrie at 11:23 AM 3 comments