rusrie
31 July 2006
Mega Kidz
Sabtu lps genaplah seminggu abah ke Jepun..ada lagi 5 hari lagi
abah akan balik
ke Malaysia. Sepanjang seminggu ketiadaan abah, mama rasa
tanggunjawab mama
bertambah dari biasa. Pagi pagi sebelum g keje mama terpaksa
dukung Tina yang masih
lena diulik mimpi ke nursery yang terletak tak jauh dari rumah. walupun jaraknyer
tak ler jauh pun tapi naik kebas jugak tangan mama dibuatnyer..mana taknyer berat
tina sekarang dah mencecah 18kg.
Sabtu lps jugak mama bawak tina g jalan jalan ke mid valley. dalam kol 10 pagi kami
dah bertolak ke mid valley.Takut g lambat lambat kang susah nak cari parking.
sampai mid valley, nasib baik ada parking walaupun agak jauh dari pintu masuk.
Mula mula mama masuk jusco, saja nak tgk tgk kot kot ada yang menarik boleh dibeli.
Tapi kekkyoku mama tak beli apa apa pun sbb org dah ramai,
takut kusyuk pilih barang kang Tina hilang entah ke mana. So, mama keluar dari jusco menuju
ke food court sbb tina dah mintak mintak nak makan nasik ayam.
Abis makan, kitaorg menuju ke MegaKidz land...nak masuk kena bayar RM18.60 untuk non
member. Oleh kerana mama tgk Tina dah tarik tarik baju mama nak masuk sana, kesian
pulak kalu tak masuk. nasib baik tiada bayaran dikenakan ke atas ibu bapa yang bawak anak
masuk. Tapi ttal semua RM 28 hinggit ler termasuk dua pasang stokin.
nak masuk situ kena pakai stokin. Kelihatan tina sungguh teruja dapat masuk situ...berlari lari
dia ke kawasan permainan...ramai jugak ler parents yang bawak anak anak main kat situ..
kitaorg dok dalam tu dari kol 11 pg sampai 4 ptg...itu pun mama paksa tina balik..kalu
tak, tak tau ler kol berapa balik...
24 July 2006
Mama Abah ane???
kerana sudah 2 hari abahnyer ke jepun...tengah tengah malam mesti dia akan
merengek rengek seperti org mengigau. Tido aku pun terganggu jua dek
suara rengetan Tina.
Smlm ingatkan nak ajak Tina makan nasi + sup campur kat kedai Sup Utara
dalam plaza alam sentral untuk lunch.
Tempat tu mmg tempat peberet kitaorg sebab sup nyer mmg ler sedap.
Bila dah sesiap semua, aku pun capai handbag nak keluar tetiba
Tina bersuara "mama, abah ane???"...aku pun menjawab "abah keje kan"..
Mungkin tak puas hati ngan jawapan aku Tina mula memberontak.
Dihalangnyer aku keluar. Sebak hati kuuu melihat gelagatnyer yang rindukan
abahnyer.
Oleh kerana Tina tak kasi aku keluar maka tak jadi ler kitaorg keluar.
Untuk lunch ku masakkan sup ayam sahaja. kalu tidak kerana Tina
mungkin lunch ku pada hari itu hanya lah sepeket megi..Almaklumlah
setakat aku sorang nak makan rasa tak berbaloi lak nak masak.
Jadi seharian aku menghabiskan masa bersama Tina di dalam rumah
sahaja. banyak gak ler aktiviti yang dibuat bersama mcm tgk DVD
cite disney Pixar cars, melukis, mewarna main air kat dalam
bilik airr...sekurang kurangnyer dapat gak mengjhilangkan
rasa rindu kat abahnyer. akhirnyer setelah penat bermain Tina
tertido dari kol 2:30 pm sehingga 6:00 pm...
malam tu kitaorg makan kat rumah zarina.....
nasib baik ler Tina tak ngamok lagii masa nak keluar tuu...
20 July 2006
Tina dan 'K'
Ulat = Kulat
Buka = Kutak
Aeuroplan = Kopen
Oppai = Koppai
Kat rumah = Komah
Itulah diantara perkataan yang telah dimodified oleh Tina...
Mungkin penangan isu hangat pasal CT ngan dato' K kot..
19 July 2006
G Jepun Lagi!!!
for 2 weeks....Uwaaa..nak ikutttt tapi apa nak buat. Keje tak tak leh
tinggal...Bestnyer ler kalu boleh ikut..dah lama tak menjejakkan
kaki ke bumi sakura tuu...dah 4 tahun rasanyer.
hubby bertolak pegi 22/07/06 kol 11 mlm dan akan pulang ke Malaysia
pada 05/08/06.Nasib baik sempat ngan majlis pertunangan adik aku
yang akan diadakan pada 06/08/06..07/08/06 tu plan nak ambik cuti
ler...So, lps ambik dia kat airport terus balik Pahang...
Yang merisaukan aku sekarang macammana ler ngan Tina tu.
Ok ker dia nanti...mesti rindu kat abahnyer. Dulu pernah kena tinggal
sekali tapi masa tu Tina baru berusia 2 3 hari....
Pernah gak sekali
hubby keluar minum ngan kengkawan dia dan balik agak lewat
dalam kol 12 mlm..Masa nak tido Tina sebut sebut gak ler nama
abahnyer sambil buat tersedu sedan sampai tertido
..sayu gak ler hati ni....
Kepada Tina moga moga dia tak buat hal sepanjang abahnyer tak
der dan untuk beloved hubby selamat pergi dan kembali...AMIN..
13 July 2006
Which is your choice !!!
which would you choose? Pick your dessert, then look to see what
Psychiatrists think about you!
OK - Now that you've made your choice, scroll down to seewhat research says about you!
ANGEL FOOD CAKE ... Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy items.
A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day.
Others perceive you as being childlike and immature at times.
BROWNIES... You are adventurous, love new ideas, are a champion of
under dogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out
your sabre.. You are always the oddball with a unique sense of humor
and direction. You tend to be very loyal.
LEMON MERINGUE... Smooth, sexy, & articulate with your hands,
you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher.
But don't try to walk and chew gum at the same time.
A bit of a diva at times, but you have many friends.
VANILLA CAKE WITH CHOCOLATE ICING... Fun-loving,
sassy, humorous. Not very grounded in life; very indecisive and
lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are
a practical joker. Others should be cautious in making you mad.
However, you are a friend for life..
STRAWBERRY SHORTCAKE... Romantic, warm, loving.
You care about other people and can be counted on in a pinch.
You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.
CHOCOLATE ON CHOCOLATE... Sexy; always ready to give
and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate.
You can appear to have a cold exterior but are warm on the inside.
Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life.
Love to laugh.
ICE CREAM... You like sports, whether it be baseball, football, basketball,
or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching
sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be
self-centered and high maintenance.
CARROT CAKE... You are a very fun loving person, who likes to laugh.
You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very
warm hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.
07 July 2006
Kena Saman Lagi Kerrrr
langgar lampu merah. MMg sebelum aku belok ke kiri tadi lampu
trafik tgh merah.Nak cepat punyer pasal ku redah jer ler.
Elok elok jer aku pusing ke kiri, ada kelibat 2 org polis kat bahu jalan.
Sorang tu tgh saman seorang penunggang motosikal. Yang sorang
lagi tu menahan kete aku untuk diberhentikan. maka dgn muka yang
dibuat blur blur aku menurunkan tingkap kete. lalu polis tu pun
menyapa;
Polis trafik : sekarang baru lampu hijau. Bila lampu hijau baru boleh
belok kiri.
Aku : Yer ker encik. saya ingatkan traffict light tu untuk sesapa yang
jalan terus jer. Sbb biasanyer saya tgk kalu trafik light yang ada
tunjuk ke kiri baru tunggu hijau untuk jalan. Kalau tak der boleh
jalan jer kan (rasa macam poyo jer buat statement tu).
Polis trafik : kalu jalan tu ada susur ke kiri baru ler buleh buat cenggitu.
Aku : oooooo..yer kerrr....saya ingatkan boleehhhh (poyonyer aku).
Pastu polis tu mintak nak tgk lesen memandu aku. ..masa aku kasik lesen
memandu kat polis tu dalam hati `ni sah dah kena saman nih`.
sambil memulangkan semula lesen polis tu berpesan lain kali jangan buat
lagi yerr....sambil membenarkan aku pergi...
LEGAAAA!!!!!aku ingatkan tadi mmg kena saman dah. Sebenarnyer ini kali
ke 3 aku ditahan polis trafik. dan alhamdulliah ke 3 tiganyer lepas tanpa
disaman. yang lagi 2 tu sbb bawak kete lajuuu...tak der ler laju pun..
had laju 80km/jam, aku bawak 90....
So the moral of the story berhati hati dijalan raya.pandu cermat jiwa selamat.
05 July 2006
Siakap 3 Rasa Ker????
Smlm seharian kat wisma kastam
menghadiri Seminar Perkastaman
LMW. Yang syioknyer g kursus
nie keje makan jer ler..kol 9:30 pagi
makan, 12:30 makan lagi, 4:30ptg
pun makan... makanannya boleh
tahan gak ler walaupun tak ler
sehebat makan kat hotel.
Oleh kerana perut pun kenyang masa balik rumah tu maka datang ler penyakit
malas nak masak. Kalu ikutkan hati mmg nak jer suruh hubby makan roti jer
tapi tak sampai hati lar pulak. So, ku gagahkan jugak ler diri ni masak for
dinner. Pikir punyer pikir nak masak siakap 3 rasa lah. Resepi yang betulnyer
tak tau pun main tumis tumis bawang, masukkan apa yang patut,
dekiagari!!!!..Rasanyer boleh ler tahan...
tapi aku konpius gak...nak masak 3 rasa tapi rasa kuah siakap tu
masam masam manis ler pulak....itulah padah nyer kalu cipta resepi
sendiri.Nasib baik licin ler jugak walaupun nak masak lain jadik lain.
Tina suka benor ngan ikan siakap tu sbb isinya kan lembut jer.
Nasi tak makan pun, ratah ikan tu jer.
03 July 2006
Kidz Challenge Mini PC
Ahad (2 Julai 2006) - Hari ni abah keje. So, mama dan
Tina cuma habiskan masa dirumah jer.
Mama tgk Tina main mini pc nyer.
Baru baru ni abah ada buat point redemption,
dapat Kidz Challenge Mini PC. Mini PC ni untuk
budak umur 3~ 6 tahun. Memula tu ingat kan tak
effective sgt guna mini pc tu untuk ajar Tina
mengenal ABC atau 123. Tapi ternyata apa yang
mama pikirkan meleset sama sekali.
Sebelum ni Tina hanya pandai sebut ABC tanpa mengenal
huruf sebenarnyer. Tapi sejak dia guna kan mini pc tu,
dia mula mengenal huruf huruf tu semua.
Ada sekali sekala dapat 100 markah lagi tuu..
Gembira hati mama bila tgk perkembangan Tina.
terharu pun ada.....yer lar kan.seingatan mama lar
masa zaman mama dulu pada seusia tina 2 1/2 tahun,
mama tak tau apa apa pun lagi. Bila masuk ke Tadika baru
lar kenal huruf dan nombor.
Sabtu (01 Julai 2006) - hari ni abah bawa
kitaorgmakan pizza... dah lama tak makan
pizza.. untuk mama dan abah, kitaorg order
set biasa untuk 2 org, untuk Tina lak order
kiddy meal set.
Yappa, Tina tak suka sgt makan pizza.
Dia lagi sukamasuk KFC atau Mcdonald.
Tina cuma makan chicken sup ngan aiskrim jer.
Spagetti yang mama order last last
mama gak yang perabihkan.
Lps makan pizza ingatkan nak balik terus,
tapi bila lalu depan KFC TIna tarik tangan
mama ajak masuk lak sbb dia terbekenan
ngan patung superman yang didisplaykan
kat luar KFC.. Terpaksa ler masuk belikan
dia chicky meal nugget set punyer..
Baru ler buleh balik ngan aman sbb Tina
dah puas hati dapat patung Superman...