rusrie

24 July 2006

Mama Abah ane???

Sudah 2 malam Tina tido tak nyenyak. Mungkin kerana rindukan abahnyer

kerana sudah 2 hari abahnyer ke jepun...tengah tengah malam mesti dia akan

merengek rengek seperti org mengigau. Tido aku pun terganggu jua dek

suara rengetan Tina.



Smlm ingatkan nak ajak Tina makan nasi + sup campur kat kedai Sup Utara

dalam plaza alam sentral untuk lunch.

Tempat tu mmg tempat peberet kitaorg sebab sup nyer mmg ler sedap.

Bila dah sesiap semua, aku pun capai handbag nak keluar tetiba

Tina bersuara "mama, abah ane???"...aku pun menjawab "abah keje kan"..

Mungkin tak puas hati ngan jawapan aku Tina mula memberontak.

Dihalangnyer aku keluar. Sebak hati kuuu melihat gelagatnyer yang rindukan

abahnyer.



Oleh kerana Tina tak kasi aku keluar maka tak jadi ler kitaorg keluar.

Untuk lunch ku masakkan sup ayam sahaja. kalu tidak kerana Tina

mungkin lunch ku pada hari itu hanya lah sepeket megi..Almaklumlah

setakat aku sorang nak makan rasa tak berbaloi lak nak masak.



Jadi seharian aku menghabiskan masa bersama Tina di dalam rumah

sahaja. banyak gak ler aktiviti yang dibuat bersama mcm tgk DVD

cite disney Pixar cars, melukis, mewarna main air kat dalam

bilik airr...sekurang kurangnyer dapat gak mengjhilangkan

rasa rindu kat abahnyer. akhirnyer setelah penat bermain Tina

tertido dari kol 2:30 pm sehingga 6:00 pm...



malam tu kitaorg makan kat rumah zarina.....

nasib baik ler Tina tak ngamok lagii masa nak keluar tuu...
posted by rusrie at 2:14 PM

1 Comments:

Ko makan umah zarinaa? Zarina masak ke? Sempat pulak minah tu memasak..hehehehe

3:29 PM  

Post a Comment

<< Home