rusrie

05 June 2006

Weekend

Sabtu, 03 June-hari ni hubby tak keje.memula ingatkan nak g
service kete tapi tgk tgk kedai service tu tutup ler pulak. So kitaorg
pun alang alang dah keluar tu ajak ler hubby g sogo. nak beli
baju Tina skit. Baju Tina dah banayk tak leh pakai.


Hubby ajak naik komuter. naik kat batu 3, kete parking kat situ free.
kalu naik kat sek.19, parking kete kena bayar 2 hinggit sehari.
Dah lama tak naik komuter nie...rupa rupanyer dah buleh tanya
Touch N Go. Tak yah susah susah beli tiket. Masa nak masuk

tu memula aku yang scan, lepas...pastu aku pas kat hubby,
dia scan pun lepas.Sesampai nyer kat stesen Bank Negara,
masa aku scan nak keluar ok lagi,
tapi bila turn hubby scan, tak leh leh keluar. pastu pegawai

stesen datang kat kitaorg, bila dia tolong scan kan dia cakap
kitaorg kena penalty RM 17 sbb tak leh guna kad sama
untuk 2 org...


Ada ke patut sesuka hati jer nak charged kitaorg. Kalu tak leh
guna nape lak masa scan kat batu3 boleh lepas......
hampesss tollll!!!!membara jugak ler hati nih!!!


Sampai kat sogo, rerupanya ada sale up to 70% untuk baju
budak budak... punyer lar ramai org...aku mintak hubby
jaga tina, manakala aku g beli baju Tina.
banyak tol choice..naik kelabu mata aku...
last last beli 5 helai baju Tina,
selai seluar jeans. Lepas tu kitaorg g makan kat food court.


Malam tu ingatkan nak balik Pilah. tapi disebabkan balik
dari sogo punkol 4, lepas tu maing masing tido jap last last
postpond balik pilah hari ahad...

dapat ler tgk konsrt af walaupun tak best langsung....
posted by rusrie at 5:15 PM

2 Comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

1:52 PM  

cikrus, kesian yerk kena penalti..

2:12 PM  

Post a Comment

<< Home