rusrie

31 July 2006

Mega Kidz





Sabtu lps genaplah seminggu abah ke Jepun..ada lagi 5 hari lagi

abah akan balik

ke Malaysia. Sepanjang seminggu ketiadaan abah, mama rasa

tanggunjawab mama

bertambah dari biasa. Pagi pagi sebelum g keje mama terpaksa

dukung Tina yang masih

lena diulik mimpi ke nursery yang terletak tak jauh dari rumah. walupun jaraknyer

tak ler jauh pun tapi naik kebas jugak tangan mama dibuatnyer..mana taknyer berat

tina sekarang dah mencecah 18kg.



Sabtu lps jugak mama bawak tina g jalan jalan ke mid valley. dalam kol 10 pagi kami

dah bertolak ke mid valley.Takut g lambat lambat kang susah nak cari parking.

sampai mid valley, nasib baik ada parking walaupun agak jauh dari pintu masuk.

Mula mula mama masuk jusco, saja nak tgk tgk kot kot ada yang menarik boleh dibeli.

Tapi kekkyoku mama tak beli apa apa pun sbb org dah ramai,

takut kusyuk pilih barang kang Tina hilang entah ke mana. So, mama keluar dari jusco menuju

ke food court sbb tina dah mintak mintak nak makan nasik ayam.



Abis makan, kitaorg menuju ke MegaKidz land...nak masuk kena bayar RM18.60 untuk non

member. Oleh kerana mama tgk Tina dah tarik tarik baju mama nak masuk sana, kesian

pulak kalu tak masuk. nasib baik tiada bayaran dikenakan ke atas ibu bapa yang bawak anak

masuk. Tapi ttal semua RM 28 hinggit ler termasuk dua pasang stokin.



nak masuk situ kena pakai stokin. Kelihatan tina sungguh teruja dapat masuk situ...berlari lari

dia ke kawasan permainan...ramai jugak ler parents yang bawak anak anak main kat situ..

kitaorg dok dalam tu dari kol 11 pg sampai 4 ptg...itu pun mama paksa tina balik..kalu

tak, tak tau ler kol berapa balik...
posted by rusrie at 1:58 PM

1 Comments:

apa? dari 11pg sampai 4ptg dok kat situ je? aduh lama nye. kalo ciknoora dah mengamuk kot!ahahaa.

5:05 PM  

Post a Comment

<< Home