rusrie

08 January 2007

Pandainyer anak mama......

dah lama aku tak update kan blog nie...nak kata bz tu tak der lar
bz sgt pun..penyakit M dah menyerang, nasib baik tak naik sawang blog ni..

genap ler seminggu mak mertua aku tinggal ngan kami.disbbkan
ada masalah yang tak dpt dielakkan so hubby bawak mak nyer
untuk tinggal dgn kami sementara menunggu rumah nya siap
dibina semula..maybe dalam 2 bulan rumah baru akan siap.

ayah mertua ku masih dikg kerna perlu menguruskan hal
yang berkaitan ngan rumah yang akan dibina.kesian
dia sengsorang kat kg.

mungkin disbbkan mak mertua aku dah agak lama dok
ngan kitaorg, Tina pun macam dah memahami keadaan
ibu mertua ku yang tidak berapa sihat. setiap kali
kalu wan nyer (tina panggil neneknyer wan) bangun dari katil
menuju ke meja makan dia akan menarik kerusi makan keluar
seolah olah menyediakan tempat duduk untuk wan nyer.
bila wan nyer nak duduk atau bangun mesti dia akan pegang
belakang kerusi supaya kerusi tak jatuh.

ibu mertua ku mempunyai peyakit misteri pada kakinyer
menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berjalan
atau membengkokkan kakinyer..dah banyak dukun dan bomoh
kami jumpa tapi penyakitnyer tak sembuh sembuh gak.
bila dibawa berjumpa ngan doktor pun doktor tak
dapat mngenalpasti penyakit apa yang dihidapinyer.
dah 10 tahun lebih dia menderita penyakit tu.

bila aku tgk tindak tanduk Tina, hatiku sedikit bangga
kerana walaupun Tina masih kecil tapi dia seolah olah paham
kesusahan yang dialami oleh neneknyer.
posted by rusrie at 2:19 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home