rusrie

08 December 2006

GeRamNyeR!!!!!

Tadi aku ngan hubby pegi ke KWSP Jalan Raja Laut (HQ)
untuk buat semakan penama bagi akaun aruah adik
ipar ku. Bukan ler niat nak ambik duit dia tapi kitaorg pegi
sbbnyer kot kot ler aruah ada meletakkan nama penama
atas nama ibu bapanyer, so bolah ler ibu bapa mertua ku membuat
pengeluaran bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung
sekarang...

setibanyer di pejabat KWSP aku minta diri ke toilet terlebih
dahulu manakala hubby terus ke kaunter penamaan yang terletak
di tingkat satu bangunan tersebut.Tak lama
selepas itu, talipon bimbit ku berbunyi, hubby call mengatakan
dia tunggu ditingkat bawah. dalam hati ku berkata 'aik, kejapnyer!!'.

aku pun tanpa berlengah terus pergi ke tempat hubby sambil
bertanyakan apa kata pegawai KWSP tadi. Hubby menceritakan
bahawa wang KWSP aruah adik ipar ku telah dikeluarkan oleh
suaminyer...kredit 0...

hmmm..tak kisah ler kan sbb itu suaminyer tapi masih byk persoalan
bermain dikepala ku siapa penamanyer?tak kan 100% suaminyer
sbg penama??bila ianyer dikeluarkan???dan macam macam lagi.

oleh kerana kurang berpuas hati dgn apa yang berlaku, aku
mengajak hubby naik semula ke tingkat satu untuk mendapatkan
penjelasan yang lebih lanjut. setibanya ke kaunter yang sama
tadi aku pun mendapatkan penjelasan daripada pegawai tersebut.

rupa rupanyer aruah tidak meletakkan sesiapa sebagai penama.
menurut kata pegawai tersebut, jika tiada penama wang KWSP
yang kurang daripada RM20K, suami kpd aruah layak 100%
ke atas wang tersebut.dan jika wang tersebut melebihi RM 20K,
suami hanya layak ke atas RM 20K shj, manakal selebihnyer
amanah raya yang akan menentukan siapa yang layak
menerimanyer.

oleh kerana duit KWSP aruah < 20K, jadi suaminyer layak
membuat pengeluaran ke atas semua duit tersebut.
yang menggeramkan aku, sedikit pun duit tersebut tidak
diberikan kepada ibu bapa mertua ku...kalu keluarga
mertua ku dari golongan yang kaya aku tak kisah..
lgpun merekalah menjaga anak anaknyer ketika
dia bekerja sampaikan berminggu minggu tak balik.
padahal ayah mertua aku tu dah tua 73 thn, manakala
mak mertua aku lak uzur..wang belanja
pun sekali sekali sekala jer dihulurnyer..GERAMMM!!!
GERAM!!! GERAMNNYYERRRRR!!!
posted by rusrie at 2:18 PM

6 Comments:

ish...sampai nye hati suami kpd adik ipar rusma tu ek. so, pengajaran kpd kita2 yg masih hidup ni. kalo belum buat nomination utk kwsp, cepat2 le buat sekang, kan.. ajal kita tak tentu masa!! :(cikpuan ume

3:32 PM  

Tak patut btol suami adik ipar ko buat camtu...

12:43 PM  

pengajaran untuk semua..sape sape yang tak buat lagik penama tu baik buat cecepat...sape yang nak tukar penama tu pun baik tukar cepat cepat..manuasia ni kengkadan kalu pasal duit boleh lupa daratan skit..

2:10 PM  

sampainye hatiiii...
aku buat penama 100% atas nama suami. Patutkah aku tukar?

3:18 PM  

kalu nko rasa ok, ok ler dok...hanya nko jer yang tau sikap dan perangai suami nko..kalu aku maybe lebih kan anak..

5:07 PM  

anak below 18years old buleh jadikan dia penama ke?

3:24 PM  

Post a Comment

<< Home