rusrie

03 August 2006

Eksplorasi M

Smlm sampai jer kat nursery untuk ambik Tina, tgk tgk dia dah

didukung oleh daddy nyer. Bila ditanya tina nak ikut mama ker

nak ikut daddy, tersipu sipu malu nak menjawab.

macam dah paham ngan body language Tina, daddy pun kata

"tak per lah, dia ikut balik rumah jap". Mmg rumah daddy tak

jauh dari rumah ku. Anak anak daddy semua lelaki,

tu yang dia tak kisah kalu tina nak ngikut balik.

Lagi ler dia suka. Daddy ngan abah ni mmg dah

lama kenal, kenal sebelum diaorg berkahwin lagii

sampai ler sekarang.



Aku pun bila tina dah dibawa oleh daddynyer pegi, start

engine kete balik rumah jer ler...

Sampai rumah jer terus masak nasi sbb planning nak

buat nasik goreng jer... sedang menunggu nasi masak

tu aku on kan tv, tgk channel 4 astro ria. ada lak bangumi

eksplorasi M...lupa lak nama hosnyer tapi bangumi

dokumentari lerr..



kali ni dia ke Penang, cari tempat tempat menarik ke sana

dan bertemu dengan seorang pakcik ni. Pakcik ni kalu tgk

seimbas lalu mmg nampak macam org kurang siuman kerana

tiap tiap hari dia akan berjoging di sekitar bandar penang tu

dari pagi sampai petang sambil mengutip ngutip bunga ditaman

atau dibahu bahu jalan lalu disimpan dalam beg plastik yang

dipegang ditangan kanannyer dan akan diberikan kepada sesiapa

sahaja yang ditemui .



Pakcik ni berbangsa cina. mengikut cerita kawannyer yang juga

berbangsa cina, dia dulu askar, lps pencen dia memeluk agama

islam dan mula berjoging mengutip bunga bungaan spt

bunga raya, jejarum, apa apa bunga aja ler...

dan yang mengkagumkan aku pakcik tu dah berusia

62 tahun tapi mampu berjoging berpuluh puluh kilometer sehari.

kalu tgk ke cara dia joging tu macam org berlari..lajuuu!!!!

raut wajahnyer pun tak nampak mcm org berumur 62 tahun. bersih jerr...

Masa joging, kupiah kat kepala tak lekang, pakai sweter..

pastu pakcik ni simpan janggut.

Panjang gak janggutnyer macam A.Samad Said..



Bila hos rancangan tu g rumah dia, banyak pokok pokok bunga

ditanam kat halaman rumah. setiap soalan yang diajuakan kepadanyer

juga dapat dijwb ngan betul. jadi dia mmg seorang

yang waras dan bukan sebaliknyer.
posted by rusrie at 11:22 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home