rusrie

30 August 2006

Sit up

semalam selesai makan malam kitaorg dok lepak lepak

depan tv. mama ngan abah kat atas sofa, tina lak kat bawah

dok main pondok pondok sengsorang.. kesian tinaa main

sengsorang....



tgh dok main tu tina tetiba baringkan badan dia, pastu

ke dua dua belah tgnnyer diletakkan ke belakang kepala,

kaki dibengkok kan dia cuba untuk bangunkan badan dia

gaya macam nak buat sit up.

nak tergelak mama tgk ngan anak mama sorang nie.

kecik kecik pun dah tau nak sit up walaupun tak tau

apa fungsinyer.



setelah dia cuba nak naik tapi tak ternaik naik sepnuhnyer,

dia give up gamaknyer, terus ditahannyer tangan ke lantai

lalu bangun seperti biasa. mama hanya mampu tersenyum jer

melihat gelagatnya itu.



mmg betul ler org kata ibu bapa adalah model yang terbaik untuk

anak. Tina mmg selalu tgk mama ketika mama buat sit up.

sama jugak kalu mama nak sembahyang. mesti nak kena sediakan

satu sejadah lain kat tepi mama. nanti bila mama sembahyang

dia pun akan ikut sama...tapi tak der ler sampai habis pun...
posted by rusrie at 9:08 AM 0 comments

29 August 2006

Makna Pilihan Kereta Pada Tuannyer...

Warna perak/silver


Wow! Warna ini memang membuatkan kereta itu

nampak `mahal' dan baru.Kalaunak diikutkan,

sebenarnya warna silver atau perak merupakan

warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru.

Seperti juga kenderaantersebut,pemilik kereta warna

perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat

sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja

atau menangguhkansesuatupekerjaan. Baginya, jika

boleh diselesaikan segera, lebih elok diselesaikan

dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan

masalah lama-lama.Sebaik saja masalah itu dapat

dikenalpasti, mereka akan bertindak untukmenyelesaikannya

dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan

daripada menjadi bertambah buruk.

Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalangmereka

daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan

ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak

mengikut kata hati. Namun begitu,sikap mereka yang

sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala.

Kadangkala tu, kita perlu bertolak ansur kan?

Usah terlalu buruk sangkasangat!


Warna hitam


Ha.. ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak

eksklusif dan penuhmisteri. Sama seperti pemilihan warna

hitam bagi pakaian. Apa agaknyapersonaliti pemilik

kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan

melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup.

Mereka ini sanggupmelakukan apa saja demi kepentingan

diri mereka serta keluarga. Selain itu,satu lagi kelebihan

mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan

mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini.

Tapi... kawal sikit sikap panas baran membuatkan

teman-teman sering makan hati! Bila dah marah,mulalah

tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca

pergaduhanbersamasi dia/teman! Namun begitu,

sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan

membuatkan mereka disenangi ramai!

Jangan sampai dipergunapulak!!!


Warna merah


Aduh! Merahnya Mak Ngah! Tampak gagah sekali ketika

`menjalar' di atas jalan raya. Mereka yang memilih

warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan

dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka.

Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut

kata hati dan naluri saja. Biarpun begitu,oleh kerana

mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan

keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang

diduga. Selain itu,mereka juga punya kelebihan untuk

meneka dan `membaca' perasaan orang lain walaupun

tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga

mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal

kerana mereka lebih memahami...mereka juga punya

daya penarik tersendiri, romantis, ada sense of humor,

sikap perihatin dan penyayang, mereka mudah di senangi

dan yang lebih penting mereka ini kawan yang boleh

dipercayai walaupunkadang-kadangada 'angin' satu badan!!!


Warna biru


Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi

selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik

dan yakin boleh. Kelebihan mereka, dalam kesesakan

lalu lintas dan traffic jam, mereka tetap maintain cool

dan susah nak `naik darah' seperti kebanyakan pemandu

lain. Ah! Biasalah kan....kalau marah-marahpun, keadaan

itu tak kan berubah juga! Mereka ini jugagemar membuatkan

orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu,

mereka juga suka buat lawak! Tak kering gusi dibuatnya!


Warna hijau


Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun

begitu mereka jug adikatakan seorang yang pemurah

dan tak lokek dalam soal duit serta baikhati. Jadi, tak

hairanlah pemilik kenderaan hijau ini sanggup berkorban

masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka

yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka

ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira.

Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain

tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara faktor

membuatkan mereka popular dikalangan teman-teman.

Cuma kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan

lebih senang berahsia soal peribadi dirinya....


Warna kuning


Pemilihan warna ini tampak menonjol sekali. Mungkin sesuai

dengan sipemiliknya yang gemar dirinya menjadi perhatian

orang lain. Selain itu,mereka juga seorang yang bersemangat

di dalam hidup. Biarpun begitu,hidup mereka sering dilanda

kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang

sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang

mula hulurkan persahabatan dulu. Alah.. apa salahnya

sesekali mereka pula yang mula kan ek?

Tak rugi apa pun...


Warna putih


Dari awal lagi memang mereka tertarik dengan warna

putih biarpun ramaiorang yang tak begitu gemarkan

warna itu. Bukan apa, mudah sangat nampak kesan kotornya!

Apa personaliti mereka ini pula? Pemilik kenderaan itu

dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup

dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram.

Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka

sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang

yang pembersih. Biarpun kenderaan mereka warna putih

tapi tetap kelihatan bersih berkilat tau! Orangnya juga

lebih tenang dalam menangani sebarang masalah.

Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat

bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada

sesuatu perkara!Jenis keretaDalam memilik jenis

kenderaan, masing-masing juga punya `taste'tersendiri.

Ada yang nakkan kereta mereka lebih sporty.

Misalnya kereta yang bahagian belakangnya pendek.

Kononnya kereta ini nampak lebih ranggi!

Tidak kurang juga yang lebih cenderung pada jenis

klasik yang lebih nampakkan kematangan pemiliknya

serta mewah!`Sporty'Kereta jenis ini menampilkan

pemiliknya seorang yang lasak, bergaya dan berjiwa muda.

Sebab itulah selalunya remaja yang menggemari kereta ini.

Mereka juga seorang yang `out going' dan mudah menjalinkan

hubungan dengan sesiapa saja. Jadi tak hairanlah jika

mereka ini ramai kawan! Kelemahanmereka,

agak kurang berhati hati dan mudah bertindak melulu.

Lepas sesuatu masalah muncul barulah mereka menyesal.

Tak ada gunanya beb!KlasikMereka ini lebih matang

dalam hidup. Sudah habis zaman merekaberfoya-foya

tak tentu hala. Mereka lebih serius dalam mengatur

karier hidup agar kehidupan mereka lebih terjamin

di kemudian hari nanti. Selain itu,merekajuga cukup sabar

dan berhati hati dalam setiap tindakan.







P/S : Entah betul ker idak ....
posted by rusrie at 4:06 PM 0 comments

18 August 2006

Nama Mama Apa....Nama abah apa...

Baru baru ni dok ajar Tina mengenal nama mama dan abahnyer


mama : Nama mama apa?

Tina : hah???

Mama : Nama mama Rusmawati

Tina : aaaaaatiii..

Mama : nama abah apa?

Tina : hah?

Mama : Norazari

Tina : aaaaarii..


mama pun cube ler nak test Tina boleh ingat tak

apa yang baru diajar sebentar tadi..


Mama : Tina, nama abah apa?

Tina : aaaaarriiiii (ingat rupanyer)

Mama : Nama mama apa?

Tina : aaaaakutiii


tergelak mama dibuatnyer..tak habih habih ngan huruf 'K' nyer..

Baru baru ni dalam kereta mama ajar Tina mengeja ..disebabkan Tina

suka benar ngan kete polis jadi mama ajar mengeja 'POLIS'.


Mama : P.O...PO

Tina : P.O...PO

Mama : L.I.S....LIS

Tina : L.I.S.....LIS

Mama : POLIS

Tina : KULIS...


gelihati betoi ngan anak mama sorang nie.....bila cite kat abah tergelak

gelak abah...
posted by rusrie at 12:23 PM 0 comments

03 August 2006

Eksplorasi M

Smlm sampai jer kat nursery untuk ambik Tina, tgk tgk dia dah

didukung oleh daddy nyer. Bila ditanya tina nak ikut mama ker

nak ikut daddy, tersipu sipu malu nak menjawab.

macam dah paham ngan body language Tina, daddy pun kata

"tak per lah, dia ikut balik rumah jap". Mmg rumah daddy tak

jauh dari rumah ku. Anak anak daddy semua lelaki,

tu yang dia tak kisah kalu tina nak ngikut balik.

Lagi ler dia suka. Daddy ngan abah ni mmg dah

lama kenal, kenal sebelum diaorg berkahwin lagii

sampai ler sekarang.



Aku pun bila tina dah dibawa oleh daddynyer pegi, start

engine kete balik rumah jer ler...

Sampai rumah jer terus masak nasi sbb planning nak

buat nasik goreng jer... sedang menunggu nasi masak

tu aku on kan tv, tgk channel 4 astro ria. ada lak bangumi

eksplorasi M...lupa lak nama hosnyer tapi bangumi

dokumentari lerr..



kali ni dia ke Penang, cari tempat tempat menarik ke sana

dan bertemu dengan seorang pakcik ni. Pakcik ni kalu tgk

seimbas lalu mmg nampak macam org kurang siuman kerana

tiap tiap hari dia akan berjoging di sekitar bandar penang tu

dari pagi sampai petang sambil mengutip ngutip bunga ditaman

atau dibahu bahu jalan lalu disimpan dalam beg plastik yang

dipegang ditangan kanannyer dan akan diberikan kepada sesiapa

sahaja yang ditemui .



Pakcik ni berbangsa cina. mengikut cerita kawannyer yang juga

berbangsa cina, dia dulu askar, lps pencen dia memeluk agama

islam dan mula berjoging mengutip bunga bungaan spt

bunga raya, jejarum, apa apa bunga aja ler...

dan yang mengkagumkan aku pakcik tu dah berusia

62 tahun tapi mampu berjoging berpuluh puluh kilometer sehari.

kalu tgk ke cara dia joging tu macam org berlari..lajuuu!!!!

raut wajahnyer pun tak nampak mcm org berumur 62 tahun. bersih jerr...

Masa joging, kupiah kat kepala tak lekang, pakai sweter..

pastu pakcik ni simpan janggut.

Panjang gak janggutnyer macam A.Samad Said..



Bila hos rancangan tu g rumah dia, banyak pokok pokok bunga

ditanam kat halaman rumah. setiap soalan yang diajuakan kepadanyer

juga dapat dijwb ngan betul. jadi dia mmg seorang

yang waras dan bukan sebaliknyer.
posted by rusrie at 11:22 AM 0 comments