rusrie

20 December 2006

Serupa tapi tak sama

Pernah tak nkorang dikatakan mempunyai iras yang
sama dgn muka suami sendiri..aku ingat lagi masa
belum kawin dulu pernah terdengar
ada yang mengatakan life partner kita akan
mempunyai iras yang sama ngan kita. sejauh
mana kebenaran tu wallahualm...

sepanjang perkahwinan aku dah 3 kali orang kata muka ku ngan
muka hubby ku macam adik beradik. bila ku tgk kat cermin rasanya
macam tak sama langsung.

1. Majlis pertunangan
masa majlis pertunangan aku dulu, bila keluarga suami ku sampai,
jiran ku kata muka aruah adik ipar aku macam muka aku..
ada kot skit skit..

2. DiHospital
Ketika itu aku ke hospital untuk menziarahi aruah adik ipar aku
yang terlantar sakit disbbkan breast kanser. makcik yang dok
sebelah katil aruah tanya aku ni adik dia ker?bila aruah menafikan,
makcik tu cakap muka kitaorg macam adik beradik..

3. DiKedai
Masa tu kitaorg g kedai brg plastik kat Pilah.
Org kedai tu pun tanya mende yang sama, aku ngan suami ku
adik beradik ker???aku ckp ler itu husband saya. makcik tu
cakaap "muka manyak sama"...hmm, apa yang sama entah!!
posted by rusrie at 9:51 AM 2 comments

15 December 2006

cHeraTinG LgGGgg..

minggu lps sempena cuti birthday sultan selangor
kami sekeluarga ke Cherating lagii...kali ni lama skit
compare ngan sblm ni..kitaorg
stay 3D2N...

09/12/2006 mama bangun seawal kol 4 pagi untuk
berkemas dan masak for breakfast n lunch. breakfast
mama masak bihun goreng sbb tina mmg suka bangat
makan bihun goreng..for lunch lak mama masak spageti
bolognese..spageti ni mama tapau jer, sbb planning nak
berenti kat tempat rehat memana kat highway nanti.
sedar tak sedar dah kol 7 pagi..kitaorg bersiap.
nasib baik ler tina bangun awal hari nie..so kitaorg
keluar rumah dalam kol 10 pagi gak ler..

hari sabtu tu seharian hujan..tapi tak lebat lar,
renyai renyai gitu.. sampai Legend Resort Cherating
dalam kol 230 ptg gitu.. lepas jer check in, tina terus
ajak abahnyer turun ke swimming pool. tak sabar nak
mandi lar tu..memula mama risau gak tina main hujan
takut dmm kang haru lak jadinyer. Tapi alhamdulillah
sampai ke hari ni Tina ok jer..mungkin lps dia balik bilik
tempohari terus mama mandikannyer ngan air
panas suam...

10/12/2006, pepagi tina bangun jer dari tidor
terus diajaknyer abahnyer ke kolam lg. mana
tak nyer bilik betul betul berhadapan ngan swimming
pool. hari ni juga mak ayah ngan 2 org adik
mama datang dari kg. mama mmg booking kan satu
bilik lg untuk diorg. semakin seronot ler tina main air
bila ada geng gengnyer..

ketika diaorg seronot bermain air, mama sesaja jer
menginai tgn. dtg ler adik bongsu mama mendekati
mama..dia mmg berminat kalu mende mende mcm
nie..pastu ada lar sorang akak ni, dia pun tgh tunggu
inai ditangan nyer kering berborak ngan mama.
disangkanyer adik mama tu anak mama...apa nak
buat, beza umur jauh sgt sampaikan org sangkakan
adik mama tu anak mama..beza umur 21 tahun gak ler..
adik mama ngan tina beza umur baru 5 tahun...
no wonder ler dah 4 kali org sangka macam tu...hhehee

11/12/2006, hari ni dah kena balik shah alam..
pagi tu adik aku g mandi puas puas..siap g mandi
pantai seround. legent resort ni mmg dekat ngan pantai..
kalu ptg ptg lepak kat balkoni bilik seronot jer rasa..angin
pantai bertiup..mama lak sempat lagik g sport centre
bersenam ngan abah..tina mak ngan ayah mama
tlg tgkkan..rasa seronot bila dpt bersukan sesama ngan abah..
selama susah skit nak buat sesama sbb tina kalu dia ada mesti
nak kena main ngan dia..dia jeles kalu mama or abah tak lyn dia..

walaupun terasa penat tapi mama rasa seronot kalu sekali sekala
pergi bercuti macam tu...otak rasa lapang jer..itsuka mata ryouko
ikitai desu..
posted by rusrie at 3:13 PM 2 comments

08 December 2006

GeRamNyeR!!!!!

Tadi aku ngan hubby pegi ke KWSP Jalan Raja Laut (HQ)
untuk buat semakan penama bagi akaun aruah adik
ipar ku. Bukan ler niat nak ambik duit dia tapi kitaorg pegi
sbbnyer kot kot ler aruah ada meletakkan nama penama
atas nama ibu bapanyer, so bolah ler ibu bapa mertua ku membuat
pengeluaran bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung
sekarang...

setibanyer di pejabat KWSP aku minta diri ke toilet terlebih
dahulu manakala hubby terus ke kaunter penamaan yang terletak
di tingkat satu bangunan tersebut.Tak lama
selepas itu, talipon bimbit ku berbunyi, hubby call mengatakan
dia tunggu ditingkat bawah. dalam hati ku berkata 'aik, kejapnyer!!'.

aku pun tanpa berlengah terus pergi ke tempat hubby sambil
bertanyakan apa kata pegawai KWSP tadi. Hubby menceritakan
bahawa wang KWSP aruah adik ipar ku telah dikeluarkan oleh
suaminyer...kredit 0...

hmmm..tak kisah ler kan sbb itu suaminyer tapi masih byk persoalan
bermain dikepala ku siapa penamanyer?tak kan 100% suaminyer
sbg penama??bila ianyer dikeluarkan???dan macam macam lagi.

oleh kerana kurang berpuas hati dgn apa yang berlaku, aku
mengajak hubby naik semula ke tingkat satu untuk mendapatkan
penjelasan yang lebih lanjut. setibanya ke kaunter yang sama
tadi aku pun mendapatkan penjelasan daripada pegawai tersebut.

rupa rupanyer aruah tidak meletakkan sesiapa sebagai penama.
menurut kata pegawai tersebut, jika tiada penama wang KWSP
yang kurang daripada RM20K, suami kpd aruah layak 100%
ke atas wang tersebut.dan jika wang tersebut melebihi RM 20K,
suami hanya layak ke atas RM 20K shj, manakal selebihnyer
amanah raya yang akan menentukan siapa yang layak
menerimanyer.

oleh kerana duit KWSP aruah < 20K, jadi suaminyer layak
membuat pengeluaran ke atas semua duit tersebut.
yang menggeramkan aku, sedikit pun duit tersebut tidak
diberikan kepada ibu bapa mertua ku...kalu keluarga
mertua ku dari golongan yang kaya aku tak kisah..
lgpun merekalah menjaga anak anaknyer ketika
dia bekerja sampaikan berminggu minggu tak balik.
padahal ayah mertua aku tu dah tua 73 thn, manakala
mak mertua aku lak uzur..wang belanja
pun sekali sekali sekala jer dihulurnyer..GERAMMM!!!
GERAM!!! GERAMNNYYERRRRR!!!
posted by rusrie at 2:18 PM 6 comments

06 December 2006

Hapak!!!



Sejak dua menjak ni boleh dikatakan tiap tiap
hari hujan samaada mlm atau ptg. Bilik tidur
kami dah berbau semacam..macam bau hapak.
Puncanyer, jikalu hujan yang terlalu lebat air
akan meresap ke dinding bilik tidor kami.
lama kelamaan dinding tersebut kelihatan spt
berkulat dan bilik kami pun berbau.

Tak selesa tu tok sah cakap ler..mms sah sah tak selesa...
kalu menyewa dah lama angkat kaki keluar dari rumah
tu tapi apa nak buat, rumah sendiri...kitaorg tak tau nak
wat canner tak kasik air meresap. dulu pernah gak jadi
macam ni, kita mintak property simen balik dinding tu.
tapi krg jadik balik...
posted by rusrie at 11:22 AM 1 comments